Terbang

Terbanglah
Terbanglah kau ke sana
Terbanglah sang kekasih

Kejarlah cita
Kejarlah cinta mu

Yang kau yakin akan abadi
Hingga kau mengabaikan cinta ini
Hingga kau melukakan hati ini
Hingga kau mengguris jiwa ini

Cinta ini
Yang aku pertahankan bertahun lamanya
Akhirnya punah
Janji dan ikrar kau lupakan
Cinta itu yang kau tagihkan

Jiwa minda hati
Tanpa henti meminta kau pulang
Menjadi orang yang dulu
Seorang lelaki yang sentiasa
Bersama
Tanpa jemu tanpa keluh

Terbanglah cinta hatiku
Kau bukan yang abadi
Aku terima dengan tangisan
Pemergian mu
Andai kau tahu
Mata telinga hati
Akan sentiasa merindui kau

Terbanglah pergi
Jangan pernah kau pulang
Moga kau bahagia di sana
Aku, di sini berdoa untuk kau
Untuk kesejahteraan
Untuk kebahagiaan kau
Cinta ku,

July 27, 2013
0551

Comments Off

Manusia Tetap Manusia

Batu api?

Itu yang kau gelarkan diri aku?
Itu yang membanggakan diri kau?
Bagus, cukup bagus

Hebat kau menabur fitnah
Gagah kau menebar cerita buruk
Tapi bila terkena batang hidung sendiri
Tahu pula menagih simpati dari seluruh dunia
Hebat, cukup hebat

Apa salah aku?
Apa dosa aku?
Tidak pernah sekali pun aku kesah
Tidak pernah sekali pun aku campuri
Hal peribadi mahupun hal remeh
Tapi kenapa aku yang kau cari?

Jangan jadikan 'main-main' 'gurau-gurau'
Sebagai alasan
Aku bukan alat mainan untuk dipermainkan
Aku manusia punya akal fikiran dan perasaan
Sama seperti kau

Kita tetap manusia
Tidak ada bezanya di mata Tuhan
Cuma mata kau yang membezakan semua

Cari salah aku untuk menutup salah kau
Itu kau kata fikiran kau sudah matang?
Itu kau kata kau sudah bijak menguruskan diri sendiri
Cermin diri baru lantangkan pendapat

Comments Off

Berhabuk

Hidup menjadi tenang

Bukan tidak suka
Cuma otak kekeringan idea

Bila hati tenang
Otak jadi beku
Bila hati gundah
Otak pun cair

Otak beku, menyimpan seribu kata yang pernah dipelajari
Pabila cair, ia mengalirkan kata-kata yang tersemat tanpa henti

Aku benci diri aku sekarang
Tidak pernah setia dengan satu
Tidak pernah taat dengan satu
Tidak pernah mengutamakan yang satu

Aku ini jahil,
Dalam segala benda
Tapi aku masih berdiri sebagai diri aku yang cuba untuk berubah

Aku tetap aku

Comments Off

Apa Itu?

Aku berikan kepercayaan aku
Aku berikan segalanya
Tidak pernah terdetik untuk aku
Menghitung segala perngorbanan yang aku dah lakukan
Hanya untuk kau

Tapi akhirnya?
Kau balas dengan kutukan? Hinaan? Cacian?
Tidakkah kau kasihan dengan diri ini?
Sanggup dibenci semata-mata untuk pertahankan maruah kau
Tidakkah kau terasa simpati?
Sanggup mengabaikan segalanya untuk penuhi kehendak kau?

Itukah yang panggil sahabat?
Apa itu?
Sahabat apa itu?
Persahabatan apa itu?

Comments Off

Suatu Yang Pasti

Kematian adalah suatu yang pasti
Cuma cepat atau lambat
Senang atau susah
Hanya Tuhan simpan semua itu

Kita? Hanya berdoa yang terbaik untuk diri sendiri

Betul ke kalau seseorang itu akan menemui ajalnya
44 hari sebelum dia akan rasa?
Kenapa aku jadi tidak tenteram?
Rasa seperti ada sesuatu buat aku jadi tak keruan

Aku tahu, kematian adalah suatu yang pasti

Comments Off

Menyerah

Tak nak menulis
Tak nak bercakap
Tak nak meluahkan

Aku ingin berhenti melakukan segalanya
Aku menyerah
Kau degil, masih seperti dahulu
Sama, tidak pernah berubah

Aku percaya kata-kata mu
Tapi tiada hasil
Kau masih menipu
Kau masih membohong

Apa lagi mahu mu?
Apa lagi kehendak mu?

Apa kau mahu aku kalah?
Apa kau mahu aku mampus?
Apa kau mahu tiada aku?

Aku menyerah untuk jadi terbaik di mata kau
Aku menyerah untuk jadi terhebat dia hati kau

Aku MEYERAH!!

7 Februari 2012
10.51pm

Comments Off

Bukan Bermaksud

Aku menjauhkan diri
Aku menghilangkan diri
Aku pergi, aku tiada

Tidak bermaksud aku benci
Tidak bermaksud aku kecewa
Tidak bermaksud aku putuskan
Tidak bermaksud untuk meninggalkan

Aku cuma sedar
Kehadiran aku sekadar menyakitkan
Sekadar memberi luka
Sekadar mengecewakan

Aku hanya ingin kau bahagia
Aku hanya ingin kau gembira

Jadi aku pergi, bukan bermaksud sayang ku sudah hilang

5 Februari 2012
2.25pm

Comments Off

« Older Posts