Bertemu-Mu

Tenangnya hati ini

Nyamannya jiwa ini
Sejuknya ku rasakan
Tapi bukan kerana penghawa dingin yang digunakan
Barangkali kerana aku baru sahaja
Menyembah-Mu, bersujud pada-Mu

Aku tak dapat menggambarkan perasaan ini
Mungkin bukan semua orang dapat merasakan perasaan sebegini
Tuhan, andai kata
Ini yang kau tuliskan buat ku
Ini yang yang kau coretkan dalam coretan takdir ku
Aku gembira menerimanya
Kerana, terkadang terbit rasa bahagia
Rasa selesa hidup sebegini rupa
Tuhan, sesungguhnya
Aku ingin Bertemu-Mu

28 Ogos 2011
7.45pm
Surau De'Palma Hotel, Ampang