Ego Seorang Perempuan

Aku cinta dia

Aku sayang dia
Aku suka dia
Aku mahukan dia
Tapi itu hanya ungkapan dari hati ku
Kata-kata itu tidak terungkap oleh sang bibir

Dulu kita bahagia
Dulu kita gembira
Tapi sekarang?
Disebabkan ego aku
Kita begini
Aku derita
Aku kecewa
Aku merana

Aku tidak pernah salahkan kau sang kekasih
Kerana aku lah punca
Aku lah akar
Aku lah segala-galanya

Di hati ku "Cinta, aku sayang pada kau"
Di bibir ku "Bodoh, aku benci pada kau"

Maaf, aku terlalu ikut perasaan
Aku sakitkan hati seorang insan
Seorang insan yang ikhlas mencintai aku
Seorang insan yang setia memberi cinta padaku

Terkadang perasaan menyesal terbit di hati
Tapi, aku biarkan saja
Kerana apa?
Kerana ego aku yang kian meninggi
Ingin saja aku mohon kemaafan
Tapi ego aku yang menghalang

Maafkan aku sang pencinta
Aku percaya kau akan mendapat seorang yang jauh lebih baik lagi

Kerana aku punya
Ego Seorang Perempuan

28 Ogos 2011
9.25pm
Di parkir kereta De'Palma Hotel, Ampang