Tak perlu diberitahu siapa aku
Tak perlu diketahui nama aku
Bukan tidak bangga dengan nama yang diberi
Cuma, cukup sekadar kau mengenali gadis yang suka akan puisi
Aku SEORANG gadis!
Ya! Gadis yang boleh dikatakan suci
Aku tidak pernah disentuh mana-mana lelaki
Kecuali, abang-abang ku dan bapa ku
Bukan disentuh dengan diperkosakan
Tapi disentuh kerana disayangi
Aku SEORANG remaja
Remaja yang sedang meningkat matang
Tapi jangan dikatakan aku mentah sementahnya
Aku ada akal yang boleh membezakan antara kebenaran dan kejahilan
Aku hidup dalam suasana serba lengkap
Ya! Aku seorang yang hidup di alam "PERFECT"
Kesemua kemahuan ku di turuti
Kesemua kehendak ku di penuhi
Itulah aku, gadis manja berasal dari bandar
Aku tidak kaya, kerana masih ada lagi sisa-sisa kemahuan ku yang tidak dipenuhi
Ya! Itu aku, gadis yang tamak
Tapi, aku sedar dunia hanya sementara
Tiada apa akan aku bawa jika aku mati kelak
Melainkan amalan aku yang telah aku lakukan
Aku manusia yang egois
Yang dahulunya seorang gadis ceria
Yang dahulunya seorang gadis gembira
Yang dahulunya tiada ego di dalam diri
Tetapi, disebabkan mereka aku begini
Kepala ku keras
Aku suka memberontak
Aku suka melawan
Aku suka membangkang
Tapi, aku bangkang, lawan berontak bukan sekadar suka-suka
Aku begitu kerana pertahankan diri aku
Yang dipijak-pijak oleh mereka
Aku punya pengalaman hidup yang luar biasa
Aku masih mentah, tidak matang
Tapi, aku sudah melalu pelbagai perasaan
Suka, duka, riang, ria, pedih, perit
Sebutkan saja
Hati ini sudah merasakan
Aku seorang anak yang terlalu sensitif
Mudah tersentuh
Bukan dengan kata-kata cinta
Tetapi perkara yang menyakitkan
Mereka tinggalkan aku untuk seketika
Hati ini meraung mahukan mereka kembali
Mereka pergi untuk menunaikan perintah-Nya
Tapi hati ini meronta melarang mereka pergi
Aku takut akan dunia
Aku takut akan kematian
Aku takut akan Tuhan
Aku takut akan neraka
Bantu aku, bimbing aku
Ke jalan kebenaran
Kerana dunia telah mengajar aku erti kejahilan
Dan inilah pengenalan dari aku
Gadis Bersama Puisi
27 Ogos 2011
7.06pm
Hadapan skrin komputer