Wahai Ibu,
Tidak nampakkah kau dia sedang terluka
Tidak lihatkah kau dia sedang berduka
Tidak perasankah kau dia sedang bersedih
Tidak terasakah kau dia sedang tersinggung
Wahai Ibu,
Di manakah kau
Ketika dia memerlukan
Ketika dia mahukan
Ketika dia berduka
Ketika dia bersedih
Ketika dia mahu menangis
Wahai Ibu
Mengapa kau hanya ada
Bila kau yang perlukan dia
Bila kau yang mahukan dia
Bila kau yang di dalam duka
Bila kau yang di dalam kesedihan
Bila kau yang mahu menangis
Wahai Ibu
Kenapa kau ketepikan dia
Kenapa kau pinggirkan dia
Kenapa kau tidak menghiraukan dia
Kenapa kau tidak pedulikan dia
Wahai Ibu
Bukankah dia juga bayi yang kau kandungkan
Bukankah dia juga bayi yang kau lahirkan
Bukankah dia juga bayi yang keluar daripada rahimmu
Bukankah dia juga bayi yang kau besarkan
Bukankah dia juga manusia yang kau didik
Tapi kenapa sekarang
Kenapa sekarang kau luahkan bencimu
Kenapa sekarang kau luahkan sakitmu
Kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu?
Tahukah engkau Wahai IBU
Dia sedang berduka
Dia sedang merana
Di fikirannya terfikir "Mungkinkah Ibu marah aku"
Di hatinya berkata "Mungkinkah aku tak layak jadi anak Ibu"
Di mulutnya berkata "Tuhan, selamatkan lah Ibuku dari segala bencana"
Di mindanya terungkap "Ibu maafkan anakmu yang jahil ini"
Ibu, tahukah engkau setiap malam dia akan kata begini
"Ibu, saya tahu saya bukan anak yang sempurna. Saya hanya anak yang selalu susahkan Ibu. Saya hanya anak yang selalu buat Ibu marah. Saya harap sangat dapat hidup selamanya dengan Ibu. Saya harap sangat suatu hari nanti Ibu tahu betapa saya sayang Ibu. Betapa saya sanjung Ibu. Ibu, terima kasih sebab sudah besarkan saya. Ibu terima kasih sebab sudah berikan kasih sayang Ibu walaupun sedikit. Saya percaya, Ibu tak pernah benci saya kan? Ibu sayang saya kan? Andai Ibu tahu, saya lagi sayang Ibu. Ibu, kalau saya sudah tinggalkan dunia ini sebelum Ibu. Ibu janji dengan saya tahu, Ibu jaga diri baik-baik. Lepas saya tak ada hidup Ibu mesti lagi gembira. Sebab saya dah tak ada nak buat Ibu marah. Saya dah tak ada nak buat Ibu sakit. Ibu, jangan lupa makan ubat-ubat Ibu eh. Lepas saya tak ada, Ibu carilah orang yang boleh jaga ubat Ibu. Saya percaya, kakak-kakak dan abang-abang mahupun Ayah mampu jaga Ibu jauh lebih baik daripada saya. Saya sayang Ibu. Ya Tuhan, terima kasih atas kurniaan-MU. Ibu, selamat malam"
*Ini hanyalah luahan daripada anak kepada Ibu yang disanjung
27 Ogos 2011
1.15pm
Ketika membasuh baju