Dia dihina
Dia dimaki
Dia dicaci
Dia diherdik
Dia dimarahi
Salah siapa?
Salah aku? Dia? Mereka? Ataupun Tuhan sang pencipta
HEY! Manusia, jangan sekali kau menyalahi Tuhan
Sedarkah kau siapa yang patut disalahkan?
Bukankah kau?
Bagi kau, dia seorang yang hina, keji
Tidak layak untuk kau
Apa maksud kau?
Siapa yang menjatuhkan hukuman sebegitu?
Kau? Siapa kau?
Di mata Tuhan kita semua sama
Tiada beza
Jangan disebut tentang darjat dengan aku
Jangan dikatakan status dengan aku
Jangan diluahkan pangkat dengan aku
Bagi aku, tiada apa dengan semua itu
Itu hanya duniawi
MANUSIA! Sedarlah
Kau sebenarnya MISKIN!
Harta yang kau miliki hanya pinjaman
Pinjaman daripada Tuhan
Suatu saat, kau akan hilang semuanya
Pada masa itu, kau mahu salahkan siapa?
Tiada siapa!
27 Ogos 2011
5.48pm
Ketika termenung sambil mengangkat baju