Hari ini, aku melangkah ke alam baru
Ke alam di mana ada minat ku
Ke alam di mana luahan hati ku akan didengari
Iaitu suatu tempat di mana aku boleh menulis semua karya ku
Selamat datang wahai sahabat
Aku di sini hanya untuk berkarya
Bukan untuk mengutuk
Bukan untuk mencaci
Bukan juga untuk menghina
Aku di sini atas dasar minat
Atas dasar kegemaran ku
Jangan disalah anggap
Jangan disalah pandang
Kerna aku di sini kerana kebenaran
Bukan kerana kejahilan
Selamat datang kawan-kawan
Penuhkan ruang ini dengan puisi-puisi
Madah-madah mahun kata-kata hati mu
Jangan dihina insan ini
Kerana aku lemah, lemah selemah insan
Selamat Datang Kawan
27 Ogos 2011
6.59pm
Hadapan skrin komputer