Sentiasa Ada

(Untuk sang jejaka yang aku punya perasaan padanya)

Arghh, katakan tidak pada aku
Aku sedia mendengar
Katakan benci padaku
Aku sedia menerima

CUKUP!
Cukup dengan segala kekeliruan ini
PENAT!
Penat untuk menagih cinta darimu

Sentiasa ada di hati, di minda, di mana-mana sahaja
Perasaan yang tidak pernah ku sangka akan ku rasa
Perasaan yang selama ini orang katakan sebagai DUSTA
Perasaan yang pernah aku tidak percaya akan
Perasaan yang orang sebut sebagai CINTA

Mungkin aku masih mentah
Tidak mengenali erti cinta sebenar
Mungkin aku terlalu takut
Takut akan dikecewakan seperti yang lain

MAAF!
Tidak pernah terniat akan lukakanmu
Tidak pernah terfikir akan sakitimu
Tidak pernah terasa akan meninggalkanmu

Kerana, AKU SESUNGGUHNYA
Terlalu MENYAYANGIMU

26 Ogos 2011
10.14pm
Hadapan skrin komputer