Sudah Terbiasa

Saat ini aku sendiri menanti mereka

Tapi buat apa aku terus menanti
Kerana aku sudah tahu kesudahannya
Ia akan diakhiri dengan aku sendirian lagi

Tapi tak mengapa kawan
Kerana aku sudah terbiasa
Perasaan ini sudah lama singgah di hati ini
Aku sudah terbiasa

Sejujurnya, hati ini sunyi
Hati ini sakit
Hati ini parah
Tapi tiada seorang pun peduli

Ingin saja aku luahkan kata hati
Ingin saja aku ungkapkan
Tapi lidah aku kelu
Bibirku terkunci
Dek kerana aku takut
Takut akan disakiti lebih teruk lagi

Tak mengapa
Biar aku simpan
Kerana aku seorang yang gemar pendam
Kerana aku
Sudah Terbiasa

28 Ogos 2011
6.15pm
Dalam kereta menuju ke Ampang