Kau tinggalkan dia keseorangan
Ketika dia susah
Kau tinggalkan dia lagi
Ketika dia sempit
Dia tertanya kemana hilangnya kau
Kau ada di sisinya
Ketika dia senang
Kau ada di sampingnya
Ketika kau yang susah
Tapi kau sering katakan
Dia adalah punca permasalahan
Temankah itu?
Adakah itu yang di maksudkan dengan teman?
Adakah aku yang bodoh ataupun kau yang jahil
Bagi aku dan dia
Teman adalah sesuatu yang tidak akan hilang
Walau susah manapun kami
Walau sempit manapun kami
Teman adalah sesuatu yang tidak akan pandang
Harta kami
Duit kami
Kebahagiaan kami
Dia terima kami apa adanya
Kau bagaimana?
Apakah yang dinamakan TEMAN di dalam diri kau
Menghilang ketika diperlukan?
Pergi ketika temannya sempit?
Jika itu pendirian kau
Silalah melangkah berseorangan ke dalam kubur mu
Kerana tiada siapa mahukan teman seperti mu
12.56am
Ketika mendengar lagu