Kata mulutnya "Aku gembira"
Kata mulutnya "Aku bahagia"
Kata mulutnya "Aku suka"
Dan kata mulutnya juga "Tidak mengapa, sayang"
Tapi kata hatinya
Siapa mendengar
Kata hatinya "Aku sedih"
Kata hatinya "Aku kecewa"
Kata hatinya juga "Mengapa sayang?"
Kita tidak tahu akan isi hatinya
Isi hati seorang guru yang sanggup berkorban untuk mendidik
Seorang guru yang tidak pernah tahu erti penat
Seorang guru yang tidak pernah tahu erti jemu
Di bibirnya diukir senyuman yang terlalu manis
Tapi di hatinya?
Di hatinya dia bertanya pada Tuhan
"Adakah salah aku? Adakah aku yang kurang berkongsi ilmu ku?"
Di dadanya berharap anak muridnya lulus
Tapi apa yang dia dapat hadiah daripada anak muridnya?
Seketul telur ayam yang diukir menggunakan dakwat merah
Cikgu, guru, pendidik
Aku di sini untuk memohon maaf
Bukan kau yang kurang mendidik
Bukan kau yang kurang berkongsi
Bukan kau yang salah wahai guru tercinta
Semua ini punca daripada kami
Kami yang bodoh
Kami yang jahil
Kami yang bangang
Kami juga yang degil
Maafkan kami guru
Kau seorang insan yang mulia
Kau seorang insan yang patut di pandang tinggi
Janganlah kau bersedih lagi wahai guru
Janganlah kau berduka lagi wahai cikgu
Janganlah kau terluka lagi wahai pendidik
Bangunlah dari kekecewaan mu
Bangunlah dari duka mu
Bangunlah dari lara mu
Kerana aku di sini menggenggam janji akan bersama ilmu mu
Hingga ke akhir nanti
27 Ogos 2011
10.45am
Terbenak di dalam kepala otak secara tiba-tiba