Aku Sendiri Tidak Mengerti

Terkadang bila ditanya apa yang aku rasa terhadap dia, mulut ku lancang berkata perasaan sebagai kawan. Tapi bila berhadapan dengan dia, hati aku jadi tidak tenteram. Hati aku perit. Sangat perit. Rasa seperti ditoreh menggunakan sebilah pisau. Perasaan sakit itu, sudah tidak dapat aku gambarkan lagi kerana perasaan itu telah membuat aku rasa seperti lifeless. Mungkin harapan yang aku taruhkan terlalu tinggi. Bagi aku tiada apa yang dapat tandingi perasaan terhadapnya.


Tapi aku cuba kuatkan hati aku untuk melawan perasaan yang aku anggap sebuah kebodohan yang tidak mungkin aku terulang. Aku harus kuat untuk menghadapai dugaan ini.

30 September 2011
12.28 am