Bicara Sang Hati

Hati pernah bisik pada ku
Dia jatuh kerana kau
Hati pernah katakan pada ku
Kau adalah pangerannya
Hati pernah beritahu pada ku
Kau akan jadi miliknya

Hati beritahu aku lagi
Kau cuma bayang-bayang yang hadir hanya sementara
Hati berkata lagi
Dia akan berhenti daripada terus
Mencurahkan kasihnya pada mu
Aku tak mampu lakukan apa-apa
Kerana au cuma orang suruhan sang hati

Jika hati kata mahukan mu
Aku akan cuba mendapatkan mu
Jika hati kata inginkan mu
Aku akan cuba meraih mu
Jika hati kata benci pada mu
Aku akan rela melepaskan mu
Jika hati kata dia hampa dengan mu
Aku terpaksa melupakan mu

Rasa sakit sang hati
Rasa perit sang hati
Dia saja yang rasa
Sebab itulah aku coretkan
Bicara Sang Hati


13 September 2011
10.36 pm