Dia

Ditengah malam, duduk seorang, tiba-tiba aku TER-nyanyikan lagu Fauziah Latif bertajuk "DIA" yang liriknya berbunyi


"Dia, insan pertama yang bertakhta
Dia, insan pertama yang ku cinta"

Tiba-tiba sahaja, aku TER-ingatkan seorang jejaka. Jejaka yang telah berjaya membuka pintu hatiku yang muda ini untuk bercinta. Tapi apakan daya, hanya aku sahaja yang merasakan semua itu. Kenapa eh? Mungkin pengalaman aku dalam dunia cinta belum cukup tebal untuk mengetahui sebabnya. Bila aku bertanya kepada teman

Aku: Apa kau buat kalau kau mempunyai "crush" dekat lelaki yang tak pernah kau jumpa?
Teman: Kalau tak pernah jumpa, mana kenal?
Aku: Zaman sekarangkan zaman IT. Facebook lah
Teman: Confess jelah. Lepastu takut malu remove je dia
Aku: Senangnya cakap

Kenapa senang sangat mulutnya berbicara sebegitu? Tidak pernahkah dia merasakan perasaan itu? Tidak pernahkah dia rasa seksanya? Kenapa? Minda aku terus tertanya. Ini semua kerana dia. Arghhh! Jiwa aku tertekan! Aku mahu luahkan. Tidak kira bagaimana cara sekalipun. Aku mahu dia tahu tentang perasaan ini. Tapi suaru ego ku! Dia katakan "Eh kau gadis remaja! Tidak tahu malukah kau? Tidak ada maruahkah kau?" Aku keliru. Hati aku inginkan dia, minda aku mahukan dia. Tapi ego aku? Bencikan dia. Aku mahu ikut yang mana? Kalau aku tidak luahkan nanti aku yang melepas. Aku akan menyesal di kemudian hari. Aku inginkan dia. Tidak kira. Suatu hari, dia bakal tahu isi hati ini.

8 September 2011
12.27 am