Kenapa Perasaan?

Perasaan, adakah kau sedang permainkan aku?

Apakah kau sedang membantu aku untuk berfikiran matang?
Atau kau hanya mahu balas dendam dengan apa yang telah aku lakukan?
Aku tak sanggup tanggung semua ini
Aku hanya gadis biasa
Yang pasti suatu hari nanti aku menangis keseorangan
Di dalam ruang kosong kerana kekosongan hati

Andai kau mahukan dia
Tolong aku untuk kuat semangat mendapatkan dia
Andai kau tidak mahukan dia
Tolong bantu aku untuk menjauhi dia

Perasaan, beritahu aku
Aku tidak mahu lagi menangis

24 September 2011
4.10 pm