Aku lakukan dengan penuh semangat
Tapi belum cukup sempurna
Aku menjadi seorang yang hebat
Tapi belum cukup sempurna
Aku tidak lakukan sebarang kesilapan
Tapi masih belum cukup kesempurnaan
Manusia, akan sentiasa mencari kesempurnaan
Tapi benarkah kesempurnaan itu wujud dalam kitab hidup ini?
Adakah ada manusia yang boleh sempurnakan makna kesempuranaan?
Apakah sempurna?
Berhentilah kepada yang sedang mencari kesempurnaan
Batalkan niat kepada yang akan mencari kesempurnaan
Kerana tiada apa di dunia melainkan Tuhan yang mencipta kesempurnaan di muka bumi ini
Jadi berhentilah menghukum orang sana sini
Berhentilah menjaga tepi kain orang sana sini
Diri sendiri tidak sempurna
Jangan mengarah orang lain untuk menjadi sempurna