Sedang aku melayari internet, otak aku ligat memaksa aku untuk menulis sebuah lagi puisi. Pada mulanya, aku katakan tidak pada otak. Kerana aku penat untuk mengarang. Dan sekarang aku tidak punya masa yang banyak. Tapi hati ini memaksa aku untuk menulis sesuatu. Seperti hendak aku tolong meluahkan kata-katanya. Hati, aku akan tolong kau. Kerana kau telah banyak disakitkan kerana kebodohan aku. Maafkan aku Hati. Semalam, semasa aku sedang membuka laman Facebook aku, aku berborak dengan jejaka yang telah mencairkan hati aku. Ya, aku amat gembira kerana inilah pertama kalinya aku berborak dengannya secara peribadi. Selalunya, kami berborak di tempat umum tapi kali ini di tempat yang lebih privasi. Gembira? Semestinya. Tapi terkadang timbul juga satu perasaan. Perasaan yang amat menyakitkan.
Perasaan ini selalu hinggap di dalam hati aku. Perasaan keliru, perasaan yang tidak menyakinkan. Ya, aku yakin hati aku kini sudah tertawan oleh dia. Hati ini terlalu inginkan dia untuk menjadi penjaganya. Tapi, terkadang hati ini juga merasakan yang dia tidak hairan langsung dengan diri ini. Perasaan itu amat menyakitkan. Sangat menyakitkan. Aku mengaku, aku jarang menangis kerana seorang lelaki. Tetapi kali ini tida terkira oleh akal fikiran sudah berapa banyak air mata aku jatuh kerana dia. Kerana terlalu menagih cintanya. Hati ini sakit.
Hati, tahukah kau yang dia tidak pandang lansung akan diri ini? Maafkan aku kerana sekali lagi buat kau sakit.
Menyakitkan
10 September 2011
7.22 pm