Mungkinkah

Wajahmu, membuatku tenang

Hadirmu, membuatku resah
Mungkinkah itu tanda cinta?
Mungkinkah itu tanda hatiku telah dibuka?

Terkadang otak ku ligat berfikir
Apakah kau yang aku dambakan?
Apakah kau yang aku nantikan?
Apakah kau orang yang akan membimbing aku?

Terkadang hati ku tertanya
Apakah kau akan jadi penghuninya?
Apakah kau akan jadi penjaganya?
Apakah kau akan jadi pemiliknya?

Terkadang mulut ku terkata
Dia yang aku inginkan
Dia yang aku mahukan
Namanya akan ku sebut setiap hari
Kerana dia MUNGKIN aku punya

Semua itu kemungkinan wahai remaja
Semua itu hanya ketidakpastian
MUNGKINKAH?
Itulah persoalan yang paling aku benci sebagai remaja

8 September 2011
8.18 pm