Belia-belia dan remaja-remaja, kian musnah
Generasi yang kononnya akan menaikkan nama negara, nampaknya akan menghancurkan negara
Harapan yang diletakkan pada generasi ini, kian tenggelam tidak terlihat bayang
Remaja yang dipercayai dapat memimpin negara pada masa hadapan, kini leka dengan kesenangan
Ada yang meneguk air syaitan, ada yang menelan pil khayal dan ada yang rapuh imannya sehingga tergadai maruah dan harga diri
Semuanya di ambang kehancuran, dunia semakin tua, bumi semakin nazak
Adakah ini persiapan untuk bertemu sang Pengcipta, iaitu Tuhan? Apakah ini persediaan untuk kehidupan selepas ditarik nyawa masing-masing?
Kau ucapkan ikrar akan bersikap mulia, kau ucapkan ikrar taat pada perintah Tuhan, tapi apa yang sedang kau lakukan kini?
Sebelum terlambat, sedarlah kawan-kawan
Aku di sini sekadar memberi pesanan
11.30 am
Dewan peperiksaan