Pernah suatu ketika
Aku merasakan dunia ini sangat tidak adil
Aku rasakan seolah-olah hanya aku ditimpa dugaan
Terkadang aku rasakan dunia tidak adil
Kerana sedang aku bersenang, ada yang berduka
Sedang aku berduka, ada yang bersenang
Tapi sebenarnya Tuhan maha adil
Dia cipta segala rasa untuk kita
Suka, duka, pahit, manis
Dia memberikan pengalaman hidup yang menarik coraknya
Tapi sayang, semua itu tidak dapat dihargai oleh semua hamba-Nya
Pernah suatu ketika
Aku tertanya, mana letaknya keadilan dunia
Kerana ketika itu, seseorang beritahu
Orang berkuasa akan menindas orang yang lemah
Tidakkah mereka sedar, kuasa mereka hanya di dunia?
Kenapa perlu menidas sang lemah
Tapi Tuhan tahu kerja Dia
Dia tahu bila manusia-manusia ini akan sedar
Dia tahu bila manusia-manusia ini akan tahu
Dia tahu segalanya,
Pernah suatu ketika juga
Aku tertanya kenapa perlu ada duka dalam kehidupan
Bukankah hidup sepatutnya ceria?
Tapi aku tahu, Tuhan sekadar menguji
Menguji sejauh mana umat-Nya akan sabar
Sejauh mana umat-Nya akan lakukan untuk terhindar dari kedukaan
Semua Tuhan tahu
Pernah Suatu Ketika